Berita UtamaDunia

COVID-19 sebabkan 71 rakyat Itali bunuh diri

Stigma buruk terhadap penghidap penyakit beri ketidakselesaan

ROM, 20 Muharram 1442H, Selasa – Sebanyak 71 kes bunuh diri dan 46 kes percubaan untuk membunuh diri yang dikaitkan dengan kesan penularan pandemik COVID-19 dilaporkan berlaku di Itali sejak Mac lalu.

Data itu didedahkan, dalam satu kajian mengenai kesan COVID-19 terhadap kesihatan mental di negara ini yang disampaikan semasa persidangan di Rome’s University of La Sapienza. 

Kajian yang dilakukan oleh persatuan psikologi kebangsaan itu mendapati, bukan hanya krisis ekonomi yang membebankan penduduk bahkan kesan terhadap keadaan mental turut dirasai rakyat Itali.

Isu-isu seperti penjarakan sosial dan stigma terhadap mereka yang menghidap penyakit itu telah menyebabkan ketidakselesaan pada sejumlah penduduk.

Kajian oleh persatuan psikologi kebangsaan turut memberi amaran bahawa penjarakan sosial serta pengasingan memberi dampak besar kepada ramai rakyat Itali.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengumumkan jumlah kes COVID-19 baharu di Itali menurun lagi semalam, menjadi sekitar 1,100 berbanding 1,300 pada hari Ahad.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte menandatangani keputusan baru yang melanjutkan keadaan darurat di negara itu hingga 30 September. 

Peraturan ini bagi memastikan langkah-langkah yang ada di negara tersebut termasuk pemakaian pelitup muka dan semua sekatan perjalanan berlaku. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button