Dunia

Gempa bumi 6.2 skala richter di tenggara Maluku

Tiada korban, kerosakan dilaporkan pihak berkuasa Indonesia

JAKARTA, 20 Muharram 1442H, Selasa – Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku di wilayah Maluku, Indonesia awal pagi tadi, menurut agensi saintifik negara itu. 

Agensi Meteorologi, Klimatologi fan Geofisik (BMKG) melaporkan, pusat gempa berlaku kira-kira 198 kilometer (123 batu) di tenggara Maluku Tengah dengan 193 kilometer di bawah dasar laut. 

Setakat ini, belum ada laporan mengenai korban atau kerosakan yang disahkan oleh pihak berkuasa negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button