Grab naikkan had terendah tambah nilai kepada RM50
Syarikat mahu beri pengalaman bayar tanpa tunai lebih cepat kepada pengguna
KUALA LUMPUR, 20 Muharram 1442H, Selasa – Grab kini menetapkan had minima tambah nilai dompet elektronik (eWallet) GrabPay kepada RM50 daripada RM20 sebelumnya.
Syarikat itu menjelaskan bahawa perubahan ini dilaksanakan supaya pengguna tidak perlu melakukan tambah nilai dengan kerap.
Ini seterusnya memberi pengalaman yang lebih cepat kepada pengguna ketika melakukan pembayaran tanpa tunai setiap hari, dengan nilai transaksi yang lebih tinggi sekarang, kata syarikat itu.
“Sebelumnya pada 24 Julai 2020, kami secara rasmi mengumumkan kemas kini untuk GrabPay Wallet. Kami akan meningkatkan jumlah tambah nilai minimum melalui Perbankan Dalam Talian (FPX) kepada RM50 mulai 31 Julai 2020 dan seterusnya.
“Namun, perkara itu telah ditangguhkan dan hanya akan berkuat kuasa mulai 07 September 2020.
“Sekiranya anda ingin menambah jumlah dalam jumlah yang lebih kecil, anda masih boleh memilih untuk menggunakan kad kredit, debit atau Maybank2u anda, kerana jumlah tambah nilai minimum untuk kaedah tersebut akan kekal pada RM20,” katanya.