Berita Utama

Hargai NGO! Jika bukan kami siapa lagi nak tegur kerajaan?

Nak harap pembangkang selalunya tidak jujur, bermotif politik

BANGI, 20 Muharram 1442H, Selasa – Dalam pembentukan sebuah negara, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah salah satu segmen penting terutamanya sebagai suara ‘semak dan imbang’ kepada tindak-tanduk, polisi dan dasar kerajaan.

Sehubungan itu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa, semua pihak menghargai teguran daripada NGO serta tidak mengetepikan suara mereka.

“Jika pinggirkan suara dan teguran NGO, maka siapa akan menegur ahli-ahli politik? Apakah kita mahu harapkan teguran pembangkang yang selalunya tidak jujur dan banyak bermotifkan politik sahaja?

“Tambahan pula, kami NGO bergerak atas perit jerih kami sendiri. Tiada pun elaun, gaji sebagaimana wakil-wakil rakyat iaitu ahli politik. Maka, hargailah teguran daripada kami,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Teguran itu sebagai respons kepada sindiran netizen yang dilihat memandang rendah peranan NGO bahkan meminta PEMBELA tidak menegur tindakan parti politik.

Netizen berkenaan yang tidak didedahkan nama meminta PEMBELA tidak merasa ‘besar’ menegur parti politik kerana katanya mereka boleh menjadi kerajaan.

“Suka hati diaorang la nak buat apa. Korang tau bersyukur la sikit…makan minum kerajaan yang tanggung. Tak payah la nak tegur-tegur ni. Korang NGO je… apa tau pasal politik,” tulisnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button