Dunia

Jumlah rakyat Jordan keluar mengundi berkurang kerana bimbang COVID-19

100 daripada 130 kerusi Parlimen dimenangi 'muka baharu'

AMMAN, 26 Rabiulawal 1442H, Khamis – Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihan raya umum di Jordan menurun, berikutan diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19. 

Dalam proses yang berlangsung pada Selasa itu, pihak berkuasa pilihan raya mengenakan langkah-langkah pencegahan yang ketat bagi mengawal penularan wabak. 

Seramai 1,674 calon yang bertanding untuk 130 kerusi Dewan Rakyat, merangkumi 15 kerusi bagi kuota wakil rakyat wanita. 

Kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kes COVID-19 menyebabkan jumlah pengundi yang menjalankan tanggungjawab menurun, sekali gus mendorong pihak berkuasa melanjutkan tempoh mengundi selama dua jam lagi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Jordan, jumlah pengundi tidak melebihi 29.9 peratus – turun daripada 36 peratus pada tahun 2016 – walaupun prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dikuat kuasakan ketika proses pengundian. 

Menurut Ketua Pusat Rased – yang memantau proses pemilihan dan pengiraan undi – Amer Bani berkata, 78 peratus calon yang memenangi kerusi Parlimen iaitu 100 dari 130 adalah ‘muka baharu’.

Katanya, hanya 16 peratus sahaja daripada mereka yang mewakili parti politik.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button