Berita Utama

Polis siasat menyeluruh kematian anggota tentera

Kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut

JOHOR BAHRU, 20 Muharram 1442H, Selasa – Kes kematian seorang anggota tentera yang dipercayai akibat terjun dari tingkat tiga kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat pada 29 Ogos lepas, kini disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Siasatan akan dilakukan secara menyeluruh, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau ditanya berhubung dakwaan anggota tentera terbabit didera dan dibuli sebelum kejadian.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Muhammad Izzudin Runggai dilaporkan berkata anggota tentera itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat, sebelum disahkan meninggal dunia dua hari lepas (6 Sept).

Sebelum ini berita mengenai anggota tentera terbabit tular menerusi media sosial. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button