Berita Utama

Bekalan air di 7 wilayah pulih

Pengguna boleh muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor

KUALA LUMPUR, 21 Muharram 1442H, Rabu – Gangguan air tidak berjadual melibatkan kesemua kawasan di tujuh wilayah, ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September lalu, pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan hari ini berkata, tujuh wilayah itu ialah Wilayah Klang atau Shah Alam; Petaling; Kuala Langat; Hulu Selangor; Kuala Selangor; Gombak; dan Kuala Lumpur.

“Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Sentiasa gunakan air dengan berhemat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan 7 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor turut menyarankan pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di ‘Google Play’ atau ‘Apps Store’, untuk informasi terkini bekalan air.

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button