Berita Utama

Kedah syor PKPD di Mukim Telaga, Sungai

Hanya cadangan, keputusan akan diumum MKN peringkat Persekutuan

BANGI, 21 Muharram 1442H, Rabu ā€“ Kerajaan negeri Kedah akan mengesyorkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Mukim Sungai dan Telaga berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Cadangan itu akan diusul pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri COVID-19 membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan beberapa agensi lain, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Mengikut pengalaman, katanya, PKPD adalah kaedah paling berkesan seperti kes Kluster Sivagangga di Napoh dan Kluster Tawar di Amanjaya, Sungai Petani.

“Cuma pertimbangan perlu dibuat sama ada langkah itu akan memberi kesan terhadap sektor lain seperti ekonomi dan pendidikan.

“Kita bimbang kerana ia membabitkan petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan, kini ahli keluarga mereka pula terbabit.

“Rakyat sendiri berharap kerajaan negeri dapat ambil tindakan dan ini yang kita lakukan iaitu membuat syor dan menghantar segera kepada MKN,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Bagaimanapun, Sanusi berkata, kerajaan negeri hanya boleh mengemukakan syor dan tiada kuasa untuk memberi kata putus, dan keputusan akan diumumkan oleh MKN peringkat Persekutuan.

ā€œSaya faham rakyat bimbang dan mahu kerajaan laksana TEMCO, tapi itu bukan bidang kuasa kita untuk putuskan. Kita hanya syorkan sahaja kepada MKN Persekutuan dan akan ambil masa sedikit untuk mereka umumkan,ā€ katanya.

Hari ini, Kedah mencatatkan 16 kes baharu dengan 13 kes daripada Kluster Sungai; satu kes daripada Kluster Tawar; satu kes daripada Kluster Telaga; dan satu kes saringan bergejala di Hospital Sultanah Bahiyah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button