Pendapat

Kilang haram enggan buka pintu?

Mengapa kilang haram tak dirobohkan seperti gerai peniaga kecil?

BARANGKALI ramai juga tertanya-tanya mengapa kilang yang dikategorikan haram ini tidak dirobohkan seperti gerai-gerai peniaga kecil sebelum ini.

Menurut Harian Metro, kilang ini dikatakan beroperasi secara haram. Andai sekiranya peniaga kecil yang mencari rezeki melalui premis tidak sah atau haram ini boleh dikenakan tindakan, maka begitu jugalah tindakan yang harus dikenakan ke atas kilang yang dikatakan beroperasi secara haram ini.

2. Ini kerana, kerosakan atau mudarat yang dihasilkan oleh kilang ini lebih besar impak negatifnya ke atas rakyat. Kilang ini dikatakan menjadi punya kepada pencemaran sungai yang telah menyebabkan rakyat Selangor menderita terputus bekalan air.

Lihat: https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/617969/kilang-haram-penyebab-pencemaran-sungai-sudah-beroperasi-6-tahun

3. Andai diperhatikan sebelum ini, Majlis Perbandaran Selayang dilihat aktif merobohkan gerai-gerai atau binaan haram. Jadi barangkali bertitik tolak di sinilah ada yang tertanya-tanya, mengapa gerai atau binaan haram ini boleh dikenakan tindakan segera sedangkan kilang ini, MPS dilihat seakan-akan memberikan alasan bahawa pihak kilang menutup pintu.

4. Apabila disemak dalam internet, nampaknya memang banyak operasi perobohan dilakukan oleh pihak MPS. Syabas diucapkan atas tindakan segera pihak MPS merobohkan gerai-gerai atau binaan haram ini. Antaranya:

(a) MPS Roboh Dua Gerai Haram
https://www.sinarharian.com.my/article/63275/EDISI/Selangor-KL/MPS-roboh-dua-gerai-haram

(b) MPS Roboh Gerai, Rampas Ternakan
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/517225/mps-roboh-gerai-rampas-ternakan

(c) MPS Roboh Dua Struktur Gerai Haram
https://selangorkini.my/2019/12/mps-roboh-dua-struktur-gerai-haram/

4. Masyarakat barangkali amat berharap, andai gerai haram kecil-kecilan ini boleh dikenakan tindakan, begitu juga tindakan tegas mesti dikenakan ke atas kilang haram yang telah menyusahkan jutaan penduduk Selangor.

Semoga Allah membimbing kita.

 Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close