Berita UtamaDunia

Negara haram Israel-UAE tandatangan perjanjian minggu depan

Hubungan diplomatik kedua-dua negara pusat strategi wilayah AS kekang Iran

WASHINGTON, 21 Muharram 1442H, Rabu – Negara penjajah Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menandatangani perjanjian untuk normalisasi hubungan, dalam satu majlis di Rumah Putih pada 15 September, kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian itu adalah perjanjian Israel yang pertama dengan negara Teluk dan hanya yang ketiga dengan negara Arab, setelah Mesir pada tahun 1979 dan Jordan pada tahun 1994.

Pembentukan hubungan diplomatik antara negara Yahudi dan sekutu AS di Timur Tengah, termasuk monarki Teluk yang kaya dengan minyak, adalah pusat strategi wilayah Presiden AS, Donald Trump untuk mengekang Iran yang juga merupakan musuh utama Israel.

Perjanjian penting antara Israel dan UAE dicapai bulan lalu – diumumkan oleh Trump sendiri.

“Presiden Trump akan menjadi tuan rumah majlis menandatangani Perjanjian Abraham yang bersejarah pada 15 September di Rumah Putih,” kata pegawai Rumah Putih.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Arab, Mohamed bin Zayad dijangka akan mengetuai delegasi kedua-dua negara itu.

Di bawah perjanjian itu, Israel bersetuju untuk ‘menangguhkan’ aneksasi bahagian Tebing Barat yang diduduki, tanpa menyatakan tempohnya.

Pada 13 Ogos, UAE dan Israel mengumumkan perjanjian yang terajui AS untuk memulihkan hubungan, termasuk membuka pejabat kedutaan di wilayah masing-masing.

Rakyat Palestin bagaimanapun mengecam tindakan UAE dengan menganggap sebagai ‘tikam belakang’ sementara konflik mereka dengan Israel masih belum dapat diselesaikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button