Berita Utama

BERJASA wadah anak muda lelahkan politik semasa

Apa guna junjung muka penuh dengan beban politik?

BANGI, 22 Muharram 1442H, Khamis – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) merupakan pentas politik dalam membangunkan watan berdaulat, tatkala anak muda mula lelah dengan politik semasa.

Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA Malaysia (ANGKASA), Hazwan Mohamad menegaskan, sekiranya mahu perubahan dalam politik semasa, maka ia perlu dilakukan secara serius.

“Jika mahu berubah, maka ubah betul-betul! Malaysia baharu, tetapi masih menjunjung muka lama yang penuh dengan beban politik apa guna?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Lebih kurang dua hari lagi, majlis pelancaran wajah baharu BERJASA akan diadakan di perkarangan Ibu Pejabat BERJASA D’Alpinia Business Centre, Puchong.

Difahamkan, majlis pelancaran itu akan diisi dengan amanat barisan kepimpinan serta pengenalan projek WATAN.

Ketika ini BERJASA dipimpin oleh Datuk Dr Ir Badrulhisham Abdul Aziz atau mesra dikenali Tok Badh selaku Presiden.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button