Berita Utama

COVID-19: 45 kes baharu dilapor hari ini

Babit 44 kes penularan tempatan, manakala 1 lagi kes import

PUTRAJAYA, 22 Muharram 1442H, Khamis – Sebanyak 45 kes baharu COVID-19 dilaporkan di negara ini hari ini, membabitkan 44 kes penularan tempatan dan satu kes import melibatkan warganegara yang pulang dari Brazil, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada 44 kes penularan dalam negara itu, 40 adalah daripada Kluster Benteng LD, Sabah yang melibatkan 33 bukan warganegara dan tujuh rakyat tempatan.

Baki empat kes lagi direkodkan di Kedah iaitu dua kes daripada Kluster Telaga dan masing-masing satu kes daripada Kluster Telaga dan saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala dengan kesemuanya melibatkan rakyat tempatan, katanya.

“Sementara itu, sebanyak 24 kes telah pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 9,167,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ketika ini terdapat sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kekal 128 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button