Berita UtamaDunia

Angka kematian akibat tanah runtuh di Ecuador meningkat 24 orang

Hujan lebat hampir 24 jam sebabkan pengumpulan air dekat gaung

QUITO, 30 Jamadilakhir 1443H, Rabu – Angka kematian tanah runtuh di ibu negara Ecuador, Quito meningkat sekurang-kurangnya 24 orang, hari ini.

Jabatan Keselamatan Quito berkata, sekurang-kurangnya 48 orang cedera, manakala 12 lagi dilaporkan hilang dalam bencana yang mengakibatkan lapan rumah runtuh sementara yang lain-lain rosak apabila lereng bukit itu runtuh lewat hari Isnin.

Terdahulu, Datuk Bandar, Santiago Guarderas memaklumkan, 22 mangsa terkorban dibawa ke bilik mayat dan dua mangsa lain yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Pada masa sama, dilaporkan bahawa jiran-jiran kawasan sekitar turut menyertai pekerja penyelamat dalam mencari mangsa runtuhan yang terselamat dalam bencana yang melanda berikutan hujan hampir 24 jam.

Hujan lebat pada Isnin menyebabkan struktur pengumpulan air di gaung berhampiran kawasan kejiranan kelas pekerja La Gasca dan La Comuna.

Ia menyebabkan lumpur dan batu menimpa kediaman dan menjejaskan bekalan elektrik.

Video media sosial menunjukkan sungai berlumpur mengalir melalui jalan kejiranan, menghanyutkan pokok, kenderaan, tong sampah dan juga tiang elektrik.

Imej lain menunjukkan beberapa orang diselamatkan dari arus oleh jiran.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan berlakunya tanah runtuh lagi.

Ecuador menghadapi hujan lebat di beberapa kawasan, yang menyebabkan sungai melimpah dan menjejaskan ratusan rumah dan jalan raya.

Hujan di Quito pada Isnin bersamaan dengan 75 liter setiap meter persegi, angka tertinggi dalam hampir dua dekad. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button