Berita Utama

Kerajaan lulus lebih RM10 juta bantu mangsa banjir

Bantuan bagi ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir

KUALA LUMPUR, 29 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Kerajaan meluluskan peruntukan bagi Bantuan Wang Ihsan berjumlah RM10.25 juta untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat bencana banjir semasa musim monsun timur laut 2020/2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dalam satu kenyataan berkata peruntukan awal Bantuan Wang Ihsan itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri yang terlibat banjir bagi mempercepatkan proses pengagihan bantuan.

“Berdasarkan laporan keseluruhan bencana banjir monsun timur laut 2020/2021 daripada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), bilangan mangsa bencana di seluruh negara yang direkodkan mulai 11 November 2020 hingga 14 Januari 2021 dianggarkan berjumlah 20,341 keluarga.

“Bagaimanapun, memandangkan negara masih lagi berada dalam fasa monson timur laut yang dijangka berakhir pertengahan Mac ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) boleh memohon peruntukan tambahan berdasarkan jumlah sebenar keluarga yang telah disahkan sekiranya terdapat pertambahan mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata setiap keluarga yang terjejas akan menerima RM500 manakala RM5,000 diberikan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga disebabkan bencana banjir. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button