Berita Utama

Demi tanah air, BERJASA terus berjuang hapuskan vernakular

Tegaskan perpaduan hanya boleh dicapai melalui sekolah satu aliran

BANGI, 22 Muharram 1442H, Khamis – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) merupakan sebuah parti politik berasaskan watan iaitu berpegang kepada prinsip Tanah Melayu yang menerima kemajmukan di bawah identiti nasional yang satu.

Ini bermakna kepelbagaian kaum di negara ini bukan menjadi isu, sebaliknya kesatuan identiti nasional merupakan perkara yang lebih penting.

Ia dibuktikan apabila hanya parti itu sahaja yang kekal tegas dengan pendirian bahawa perpaduan nasional hanya boleh dicapai apabila sekolah satu aliran diwujudkan, manakala sekolah vernakular dimansuhkan.

“Sampaikan Ketua Pemudanya (ANGKASA) mencabar Ketua Pemuda MCA untuk berdebat isu vernakular.

“Ketua Pemuda lain ada berani? Sampai sekarang MCA senyap,” tegas seorang narator dalam satu perkongsian video di laman Facebook BERJASA, hari ini.

Pada masa sama, narator dalam perkongsian sama berkata, perkara yang menyatukan rakyat Malaysia adalah identiti nasional yang berasaskan faktor sejarah dan budaya penduduk di Tanah Melayu sejak ratusan tahun lalu.

“Itulah sebabnya bahasa kebangsaan kita ialah Bahasa Melayu,” katanya.

Selain itu, katanya, tiga prinsip kebudayaan kebangsaan termasuk perkara berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu orang Melayu.

Malah, ia turut merangkumi penerimaan unsur budaya-budaya lain selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Ketiga, Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaaan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close