Berita UtamaDunia

Mencemaskan! India catat lebih 4.4 juta kes COVID-19

95,735 kes baharu, 1,172 kematian dalam tempoh 24 jam

BENGALURU, 22 Muharram 1442H, Khamis – Jumlah jangkitan COVID-19 di India terus meningkat apabila merekodkan lebih 4.4 juta kes sehingga hari ini.

Menurut angka rasmi Kementerian Kesihatan, sebanyak 95,735 kes baharu dikesan dengan 1,172 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, sekali gus menjadikan angka korban harian tertinggi dalam tempoh sebulan.

Setakat ini, sebanyak 75,000 kematian dicatatkan di negara itu.

Difahamkan, penularan wabak dan kes kematian itu meningkat secara mendadak, selepas bar dibuka semula pada Rabu buat pertama kali sejak perintah berkurung dikuatkuasakan.

India adalah negara kedua paling terkesan akibat COVID-19 selepas Amerika Syarikat (AS).

Pada masa sama, AS masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi, malah negara seperti Mexico, Peru, Colombia, Chile dan Ecuardo turut tidak terkecuali mendapat kesan sama akibat wabak berkenaan.

Angka kematian di India adalah sekitar satu peratus, sementara Brazil dan AS mempunyai angka kematian sekitar tiga peratus.

Kira-kira lebih daripada 5,600 penduduk di seluruh dunia maut setiap hari akibat COVID-19, menurut Reuters berdasarkan data dua minggu terakhir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button