Berita Utama

PKPD pentadbiran dikuat kuasa di Daerah Kota Setar mulai esok

Berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September depan

PUTRAJAYA, 22 Muharram 1442H, Khamis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dikuatkuasakan di 28 mukim di Kota Setar, Kedah bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia akan membabitkan seramai 366,787 penduduk secara keseluruhan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas hari ini selepas mengambil kira peningkatan kes positif COVID-19 kluster Sungai dan Tawar di daerah berkenaan.

“Ini juga selaras dengan cadangan oleh Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor),” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah berkenaan adalah sama sepertimana SOP PKPD Pentadbiran yang lain, termasuk larangan keluar dan masuk di kawasan berkenaan, di mana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button