Berita UtamaDunia

Arab Saudi, Bahrain buka ruang udara untuk penerbangan Israel

Bahrain dijangka ikut jejak langkah UAE setelah tandatangan di Washington

RIYADH, 23 Muharram 1442H, Jumaat – Arab Saudi dan Bahrain akan membuka ruang udara mereka untuk membenarkan semua penerbangan pergi dan dari Israel, kata Penasihat White House, Jared Kushner.

Kushner memaklumkan bahawa setiap penerbangan negaran haram Israel harus meminta izin daripada pihak berkuasa Arab Saudi terlebih dahulu.

“Mereka bersetuju untuk membuka ruang udara mereka bukan hanya untuk penerbangan dari Israel ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kembali, tetapi untuk semua perjalanan ke timur.

“Jadi ketika terdapat permintaan, mereka akan menerima permintaan tersebut. Itu akan menjimatkan banyak masa. Itu meruntuhkan penghalang yang sudah ada selama 72 tahun,” kata Kushner.

Minggu lalu, Bahrain mengumumkan akan membenarkan pesawat Israel menggunakan ruang udaranya ke dan dari UAE, berikutan keputusan Arab Saudi membenarkan penerbangan serupa atas permintaan UAE.

UAE telah menerima penerbangan langsung pertama dari Tel Aviv sejak kedua negara melaksanakan hubungan normal bulan lalu.

Bahrain, yang awal tahun ini mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk membela diri terhadap rakyat Palestin, baru-baru ini menyatakan penentangannya terhadap menormalisasi hubungan dengan Israel.

Namun, menurut penyiar Israel, Kan, Bahrain dijangka mengikuti UAE setelah Israel dan UAE menandatangani perjanjian damai mereka di Washington DC pada akhir bulan ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button