Berita Utama

TH beri amaran skim pelaburan palsu di Telegram

Orang ramai diminta tak mudah percaya tawaran pelaburan janji pulangan lumayan

BANGI, 23 Zulkaedah 1444H, Isnin – Lembaga Tabung Haji (TH) meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan wang tunai yang lumayan.

Dalam satu kenyataan, TH memaklumkan, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar dan menggunakan logo TH serta menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan di platform Telegram.

Scammer itu turut menubuhkan Group Chat (Tabung Haji & Pelaburan) di platform Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.

“TH terus komited untuk memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH,” katanya.

TH turut menasihatkan supaya pendeposit mahupun orang ramai untuk tidak percaya dengan tawaran dari pihak ketiga.

“Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button