Berwajah baharu, BERJASA bentuk model politik tersendiri
Ambil pengajaran pengalaman politik di Malaysia, antarabangsa
BANGI, 23 Muharram 1442H, Jumaat – Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA) bakal membentuk dasar dan model politiknya tersendiri.
Naib Presiden BERJASA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, model dan dasar berkenaan diambil pelajaran daripada pengalaman politik Malaysia dan antarabangsa sebelum ini.
“Tetapi itu tidak bermakna mengabaikan operasi harian sebuah parti, seperti parti-parti lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian menjelang Majlis Pelancaran Wajah Baharu BERJASA, yang diadakan di Ibu Pejabat BERJASA D’Alpinia Business Centre, Puchong esok.
Selain pelancaran wajah baharu, majlis itu akan diisi dengan amanat barisan kepimpinan dan memperkenalkan Projek WATAN.
“Esok hanya satu permulaan. BERJASA sudah ada identiti dan naratif baharu,” katanya.
Ketika ini BERJASA dipimpin oleh Datuk Dr IR Badrulhisham Abdul Aziz atau mesra dikenali Tok Badh selaku Presiden.