Berita Utama

COVID-19: Kes baharu melonjak 182

Tertinggi dalam beberapa bulan libat 181 penularan tempatan

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1442H, Jumaat – Kes baharu COVID-19 kembali melonjak ke tiga angka apabila mencatat 182 kes melibatkan 181 penularan tempatan serta satu kes import, iaitu tertinggi dalam beberapa bulan selepas mencatat 100 kes, Selasa lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah penularan tempatan, 90 adalah warganegara manakala 91 bukan warganegara.

“Satu kes import dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 9,810 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 501 kes.

Sementara itu, katanya terdapat 14 kes yang telah pulih serta tiada pertambahan kematian menjadikannya jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button