Dunia

Dianiaya! Zionis roboh 51 premis milik Palestin

Guna alasan dibina tanpa izin untuk perluaskan penempatan Yahudi

RAMALLAH, 23 Muharram 1442H, Jumaat – Pihak berkuasa Israel dilapor merobohkan 51 struktur premis milik penduduk Palestin di Baitulmaqdis, menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh. 

Pusat yang memantau pelanggaran rejim pengganas Israel terhadap penduduk Palestin di Baitulmaqdis itu berkata, 27 struktur dimusnahkan oleh pemiliknya di bawah tekanan perbandaran wilayah itu. 

Katanya, sebahagian besar tindakan perobohan berlaku di kawasan Silwan dan Jabel Al-Mukaber. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Israel menggiatkan tindakan meroboh rumah dan struktur milik Palestin kononnya dibina tanpa izin. 

Bagaimanapun, rejim itu mengambil tanah berkenaan untuk membina rumah penduduk Yahudi di daerah berkenaan. 

Menurut laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan (UNCTAD) berhubung ekonomi Palestin pada akhir 2018, terdapat 150 penempatan dan 128 tempat kawalan di Tebing Barat. 

Kedua-dua penempatan dan tempat kawalan haram itu melanggar undang-undang antarabangsa. 

“Pada tahun 2019, Israel merobohkan atau merampas 622 bangunan Palestin di Tebing Barat, termasuk 127 bangunan yang diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan.

“Pada tahun 2019 dan awal 2020, pasukan Israel mempercepat langkah pemukimam walaupun tindakan mereka tidak sah berdasarkan undang-undang antarabangsa,” kata laporan itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button