Berita Utama

BERJASA hasrat letak 80 peratus calon muda PRU-15

Mereka perlu berpegang kepada prinsip parti - Watan, Hikmah dan Wibawa

PUCHONG, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) berhasrat meletakkan 70 hingga 80 peratus calon-calon muda untuk bertanding pada Pilihara Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Dr Ir Badrulhisham Abdul Aziz berkata, peluang itu dibuka kepada individu berumur bawah 40 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuk bidang perakaunan, profesional, minyak dan gas serta para alim ulama.

Beliau berkata, apa yang penting mereka perlu berpegang kepada prinsip parti iaitu Watan, Hikmah dan Wibawa atau Berintegriti.

Katanya, untuk menjadi calon, tidak semestinya khas kepada individu yang terbabit aktif dalam parti atau berjawatan dalam parti.

“Alhamdulillah, setakat ini, BERJASA mempunyai calon anak muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan wajah baharu BERJASA dan pelepasan konvoi ke Putrajaya di Ibu Pejabat Berjasa di Business Park D’Alpinia di sini, hari ini.

BERJASA yang ditubuhkan pada 1977 kini tampil berwajah baharu dengan warna baharu Ungu-Magenta menggantikan warna hijau.

Boleh lihat video di: https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/852805512158120/?vh=e&extid=oL6tQvgrkwLq7iOR

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button