BERJASA lancar wajah baharu
Penjenamaan semula secara besar-besaran selepas 47 tahun ditubuhkan
PUCHONG, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (BERJASA) hari ini secara rasmi melancarkan wajah baharu sebagai proses peremajaan bagi menghadapi survival politik yang lebih panjang.
Ketua Biro Perhubungan dan Komunikasi, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, warna rasmi BERJASA yang baharu adalah warna unggu.
“Selari dengan proses peremajaan parti, warna yang dipilih lebih gah dan bertenaga.
“Ini adalah satu penjenamaan semula yang dilakukan secara besar-besaran setelah 47 tahun BERJASA ditubuhkan,” katanya.
Majlis Pelancaran Wajah Baharu BERJASA sedang berlangsung di Ibu Pejabat BERJASA D’Alpinia Business Centre, Puchong.
Selain pelancaran wajah baharu, majlis hari ini akan diisi dengan amanat barisan kepimpinan, termasuk memperkenalkan Projek WATAN.
Ketika ini BERJASA dipimpin oleh Datuk Dr IR Badrulhisham Abdul Aziz atau mesra dikenali Tok Badh selaku Presiden.