Berita Utama

Dominasi muslim berwibawa di Parlimen dituntut

PEMBELA harap calon muslim di kerusi majoriti pengundi Islam

BANGI, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berharap parti-parti politik Melayu akan meletakkan calon muslim di kawasan majoriti pengundi Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PEMBELA dalam satu kenyataan di Facebook berkata, dominasi muslim yang soleh di Parlimen adalah satu perkara yang dituntut.

“Harap parti-parti politik Melayu Islam dapat memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya demi agama, bangsa dan tanah air.

“Dominasi muslim yang soleh dan berwibawa adalah satu perkara yang dituntut. Tiada kompromi,” katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada saranan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh supaya calon Muslimat bertanding di kawasan strategik dan mempunyai majoriti pengundi wanita.

Nuridah berkata, muslimat sedia berkhidmat kepada pengundi dan masyarakat sekitarnya dengan kini telah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menyambut baik cadangan itu, PEMBELA bagaimanapun berkata, perkara yang jauh lebih penting ialah calon muslim dicalonkan di kawasan majoriti pengundi Islam dalam pilihan raya akan datang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button