Berita Utama

Rakyat perlu ada jati diri kuat pertahan kedaulatan negara

Hayati kisah perjuangan ulama dan tokoh pejuang kemerdekaan

BANGI, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Rakyat Malaysia perlu mempunyai jati diri yang kuat untuk mempertahankan kedaulatan negara dari dicabul dan dikuasai pihak asing.

Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Iskandar Puteri, Dr Omar Abdul Aziz berkata, sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, beliau mengajak seluruh rakyat untuk menghayati kisah tokoh-tokoh negara yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

“Penting untuk kita mengenang kembali kisah perjuangan serta sumbangan tokoh pejuang kemerdekaan, ulama-ulama yang memimpin masyarakat dan juga tokoh yang membangunkan negara. 

“Lipatan sejarah telah membuktikan bahawa keimanan dan pegangan agama yang kuat memperkukuhkan jati diri pejuang untuk terus mempertahankan tanah air kita,” katanya menerusi video yang disiarkan di Facebook. 

Beliau berharap dengan dengan penghayatan kisah-kisah tokoh pejuang negara, rakyat dapat mencekalkan keazaman untuk berjuang demi negara.

“Jangan pernah putus asa, tabah dalam terus mempertahankan kedaulatan Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan, selamat Hari Malaysia. Malaysia prihatin,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button