Berita Utama

SSM kesan laman sesawang tak sah bagi urusan perniagaan

Sila manfaatkan perkhidmatan atas talian SSM - Portal EzBiz Online

KUALA LUMPUR, 24 Muharram 1442H, Sabtu – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesan kewujudan laman sesawang dengan alamat url https://online-ssm.com yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran perniagaan dan pembekalan maklumat perniagaan secara tidak sah dan mengenakan kadar bayaran tinggi.

SSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang ramai yang ingin menjalankan urusan berkaitan entiti perniagaan diminta memanfaatkan perkhidmatan atas talian SSM yang dikenali sebagai Portal EzBiz Online dengan alamat url https://ezbiz.ssm.com.my.

“Portal EzBiz Online ini juga boleh dicapai melalui laman web rasmi SSM di https://www.ssm.com.my,” katanya.

Menurut kenyataan itu, antara transaksi yang boleh dilakukan di Portal EzBiz Online ialah transaksi melibatkan pendaftaran perniagaan baharu, pembaharuan pendaftaran, perubahan dan pembekalan maklumat serta penamatan pendaftaran perniagaan.

SSM turut memberi amaran tindakan undang-undang yang tegas akan diambil ke atas pemilik laman sesawang yang menjalankan transaksi melibatkan semua akta yang ditadbir SSM termasuklah transaksi yang melibatkan entiti perniagaan.

Tindakan menutup laman sesawang tidak sah itu sedang dilakukan agensi kerajaan berkaitan dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada [email protected]. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button