Berita Utama

20 PATI Indonesia ditangkap cuba masuk Malaysia

Mereka naik bot, masuk melalui jalan tidak diwartakan

BANGI, 25 Muharram 1442H, Ahad – Cubaan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menyusup masuk ke negara ini secara haram gagal apabila ditangkap Pasukan Gerakan Am (PGA) Batilion 4 di Sungai Nipah, Sungai Haji Dorani.

Selepas ditahan, mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Besar untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959, kata Pegawai Pemerintah Batilion 4 PGA, Superintendan Zulafendy Hassan.

“Hasil operasi, kami menahan 13 lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 41 tahun dan tujuh wanita warganegara sama berusia antara 24 hingga 40 tahun.

“Siasatan mendapati mereka disyaki baru tiba dari Indonesia dan masuk melalui jalan tidak diwartakan (jalan laut).

“Mereka menggunakan bot dan seterusnya mendarat di pesisir Sungai Nipah,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata, semua PATI menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button