Artikel KhasBerita Utama

Antara pembangunan ekonomi, kedaulatan watan

Penceroboh tanah kemungkinan akan terlepas, diberi geran, atau dibenar teruskan penanaman durian

MENURUT laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) baru-baru ini menunjukkan bahawa negara ini adalah antara pengeksport utama durian dunia.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), pengeluaran durian negara akan meningkat kepada 443,000 tan menjelang 2030 berbanding 384,170 tan pada 2019.

Pengeluaran durian mengikut negeri yang terbesar di

Pahang – 89,916 tan
Johor – 87,838 tan
Sarawak – 34,650 tan

Di Raub sahaja pengeluaran Musang King meliputi kawasan penanaman seluas 11,201.2 hektar dengan pengeluaran 70,650 tan metrik bernilai RM1.3 bilion.

Lima destinasi eksport utama negara ialah Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China serta Vietnam, dan pada 2018, Malaysia mengeksport sejumlah 23,381 tan raja buah itu dengan nilai RM118.2 juta.

Kerajaan juga telah memperkenalkan program eco-tourism untuk menarik pelancong yang dinamakan Durio Tour @ Raub 2020, yang dijangka dapat memberikan kesan positif terhadap permintaan durian sejuk beku di China, sekali gus meningkatkan nilai eksport durian negara.

Berdasarkan fakta-fakta di atas memperlihatkan bagaimana kerajaan akan “deal” dengan penceroboh haram tanah di Raub.

Kita menjangkakan kerajaan akan lebih mengutamakan soal ekonomi terutama pada waktu pandemik ini.

Dalam erti kata lain, penceroboh-penceroboh ini kemungkinan besar bukan sahaja “terlepas”, tetapi akan diberikan “geran” atau dibuat “deal” untuk membolehkan mereka meneruskan penanaman durian ditanah kerajaan tersebut.

Akhirnya, semua isu kesalahan yang dilakukan akan tenggelam dan penceroboh akan terus “dilindungi” kerana menjana pendapatan untuk negara.

Orang Melayu yang telah duduk disitu puluhan tahun memohon geran akan terus berputih mata.

Jika ini berlaku bermakna bukan saja 360,000 ekar yang telah diceroboh secara haram, malah ratusan ribu ekar lagi akan dicerobohi kerana mereka tahu kerajaan “tidak berani” berbuat apa-apa.

Bermakna juga kerajaan lebih mengutamakan ekonomi dari KEDAULATAN WATAN.

Haji Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/730777/pengeluaran-durian-negara-cecah-443000-tan-metrik-menjelang-2030

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button