Berita Utama

Individu cinta tanah air, daulatkan watan boleh jadi calon BERJASA

Negara hancur jika terus dipimpin mereka yang tamak harta, kedudukan

PUCHONG, 25 Muharram 1442H, Ahad –  Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menjadi calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Dr Ir Badrulhisham Abdul Aziz berkata, tawaran itu dibuka kepada individu yang cintakan tanah air, ikhlas berjuang untuk mendaulatkan watan serta yakin dengan pendirian dan prinsip parti itu.

Beliau yang lebih mesra panggilan Tok Badh percaya masih terdapat individu di luar sana yang berwibawa, ikhlas, berintegriti dan berwawasan. 

Paling penting, mereka mahu melihat perubahan landskap politik negara dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Kita bukan parti yang taksub dengan politik kepartian, tapi kami adalah negarawan yang mahu melihat negara dibangun dan diurus kearah satu tamadun unggul berasaskan kebenaran dan keadilan. 

“Inilah masuliyah atau tanggungjawab kita bersama.

“Sila hubungi kami dan kita berbincang dengan hati terbuka,” katanya.

Pada masa sama, Tok Badh turut mengajak rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat termasuk ahli-ahli akademik, profesional dan penjawat awam memberi peluang kepada BERJASA untuk membuktikan bahawa individu yang ikhlas, kompeten dan berprinsip berjuang mampu menjadi calon parti itu. 

Katanya, sokongan dan kerjasama rakyat Malaysia mampu membantu BERJASA merubah negara.

“Kami percaya jika politik tanah air disertai oleh mereka yang berkepentingan individu, tamakkan harta dan kedudukan, menjadi boneka, negara akan hancur,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button