Berita Utama

Jumlah sebenar calon Warisan layak bertanding 54: SPR

Jumlah keseluruhan calon yang bertanding tetap sama iaitu 447

KOTA KINABALU, 25 Muharram, Ahad – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat pindaan pada kenyataan media berkaitan senarai parti dan jumlah calon yang layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Dalam kenyataan media, di sini, hari ini, SPR menyatakan jumlah sebenar calon bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) yang layak bertanding ialah 54 orang dan bukan 53 seperti dalam kenyataan media yang diedarkan, semalam.

Hal ini kerana calon Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding di bawah tiket Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Manakala tiada calon yang mewakili Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN) tetapi sebaliknya adalah calon untuk Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS),” menurut kenyataan itu.

SPR, bagaimanapun, memaklumkan pindaan itu tidak mengubah jumlah keseluruhan calon yang bertanding iaitu seramai 447 calon. 

Pihak urusetia SPR memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan ketika proses memasukkan data dan telah berlaku sedikit kesilapan maklumat.

“SPR ingin memaklumkan kekhilafan ini tidak menjejaskan persiapan pilihan raya di peringkat pegawai pengurus mahu pun cetakan kertas undi bagi DUN berkenaan,” kata SPR. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button