Kebakaran hutan di AS: 17 maut, puluhan lagi hilang
Lebih 100 kebakaran besar di pantai barat Amerika Syarikat
SAN FRANCISCO, 25 Muharram 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi masih belum ditemui dalam insiden kebakaran hutan di Oregon, Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa melaporkan, ratusan kediaman penduduk musnah berikutan gelombang haba terik kebakaran dan angin yang kuat.
Skala kemusnahan yang tepat setakat ini sukar untuk diukur, namun angka kematian dan jumlah kerosakan melebihi daripada yang dianggarkan.
Dilaporkan, sebanyak 100 kebakaran besar di pantai barat AS dan kebakaran turut berlaku di kawasan lain.
Kebakaran berlaku membabitkan kawasan seluas 800,000 hektar di seluruh negeri itu – dua kali dalam setahun sepanjang 10 tahun.
Kebakaran itu menyebabkan lebih dari 40,000 penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Kualiti udara di bandar terbesar di Oregon, Portland, adalah yang terburuk di antara bandar utama dunia kesan daripada kebakaran itu.
Semalam, Datuk Bandar Portland mengisytiharkan darurat.
Pejabat Portland National Weather Service, berkata kualiti udara kemungkinan akan kekal buruk sehingga akhir minggu.
Serentak itu, Pakar kesihatan menasihatkan semua penduduk untuk tinggal di dalam rumah dan hanya keluar sekiranya keadaan memerlukan. – Agensi