Dunia

Kes COVID-19 melonjak di negara Arab

Palestin rekod 650 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir

ISTANBUL, 25 Muharram 1442H, Ahad – Pihak berkuasa kesihatan di negara-negara Arab mengesahkan peningkatan kes jangkitan dan kematian akibat wabak pandemik COVID-19, setakat semalam. 

Di Palestin, enam lagi kematian akibat coronavirus direkodkan, menjadikan jumlah korban di negara berkenaan kepada 238 orang, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan. 

Kementerian turut mengesahkan 650 lagi jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan keseluruhan kes 38,516 dengan 26,882 kes pulih. 

Di Kuwait, 736 kes baharu dilaporkan dengan satu kematian setakat semalam.

Angka kematian di Kuwait sudah mencecah 558 orang dan jumlah kes meningkat kepada 94,211 termasuk 84,401 daripadanya sudah pulih. 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Qatar mengumumkan 236 lagi kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 121,523 kes setakat semalam. 

Angka kematian di Qatar juga sudah mencecah 205 orang, dengan 118,476 kes pulih sepenuhnya. 

COVID-19 telah meragut hampir 917,000 nyawa di 188 negara dan wilayah sejak Disember lalu. Amerika Syarikat, India dan Brazil adalah negara paling teruk dijangkiti setakat ini.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button