Berita UtamaDunia

Paris catat lebih 10,000 jangkitan sehari

Korban COVID-19 sebanyak 30,910, 417 ditahan di ICU

PARIS, 25 Muharram 1442H, Ahad – Perancis merekodkan jumlah kes harian tertinggi COVID-19, dengan lebih 10,000 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Menurut Agensi Kesihatan Awam Perancis, jumlah kes baharu meningkat kepada 10,561 semalam, berbanding 9,406 kes baharu pada Jumaat.

Seramai 17 orang dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian sebanyak 30,910.

Pada masa sama, seramai 417 pesakit baharu ditahan ke unit rawatan rapai (ICU) sejak minggu lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis, Jean Castex memberi amaran bahawa peningkatan penularan wabak di negara itu yang turut mengakibatkan jumlah pesakit menerima rawatan meningkat sangat membimbangkan.

Bagaimanapun, Castex tidak mengumumkan sama ada melakukan sekatan baharu atau memendekkan masa kuarantin daripada 14 hari kepada tujuh hari bagi mereka yang dijangkiti wabak itu.

“Kita harus berjaya hidup dengan virus ini, tanpa kembali menguatkuasakan perintah berkurung kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di televisyen dari kediaman rasminya di Paris.

Castex sendiri melakukan pengasingan selepas dua kali saringan negatif terhadap COVID-19.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button