Dunia

108 lagi jangkitan baharu di Gaza

Kes aktif meningkat kepada 1,669 dengan 15 kematian

GAZA, 26 Muharram 1442H, Isnin – 108 lagi kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan pihak berkuasa kesihatan Palestin di wilayah Semenanjung Gaza yang dikepung, hari ini. 

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan angka kes keseluruhan meningkat kepada 1,927.  

Daripada jumlah itu, 15 kematian direkodkan dan 243 kes lagi dilaporkan pulih sepenuhnya. 

“Jumlah kes aktif di Gaza meningkat menjadi 1,669 kes,” kata kementerian itu, hari ini.

Gaza yang berada di bawah kepungan rejim pengganas Israel sejak 2007, berdepan kekurangan bekalan perubatan, selain terjejas akibat gangguan elektrik setiap hari. 

Semalam, dua kematian direkodkan dengan 100 jangkitan baharu di Semenanjung Gaza.

Pemerintah pimpinan pergerakan Hamas melaksanakan perintah berkurung pada 24 Ogos lalu untuk membantu mengekang wabak di wilayah yang dikepung, walaupun pihak berkuasa baru-baru ini melonggarkan sekatan di beberapa kawasan di wilayah itu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close