Berita Utama

Arab Saudi akan benar ibadah umrah secara berperingkat

Tarik balik sekatan di semua pintu masuk 30 hari sebelum 1 Januari 2021

BANGI, 26 Muharram 1442H, Isnin – Kerajaan Arab Saudi akan membenarkan umat Islam melaksanakan ibadah umrah secara berperingkat.

Tabung Haji yang memetik Saudi Gazette berkata, bermula 15 September, Arab Saudi akan mengangkat sebahagian daripada sekatan kemasukan antarabangsa. 

“Kebenaran hanya diberikan kepada beberapa kategori warganegara Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta bukan warganegara Arab Saudi berpandukan kepada langkah pematuhan pencegahan COVID-19.

“Kerajaan Arab Saudi akan mengumumkan cadangan menarik balik sekatan kemasukan sepenuhnya di semua pintu masuk 30 hari sebelum tarikh 1 Januari 2021,” kata TH dalam kenyataan, hari ini.

Seperti mana negara lain yang terjejas COVID-19, Arab Saudi juga mengambil langkah memperketatkan sekatan pergerakan ke negara itu, bagi mengekang penularan pandemik.

Langkah itu termasuklah hanya membenarkan sekitar 1,000 jemaah menunaikan ibadah haji tahun ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Haji, Umrah dan Hal Ehwal Haji, Dr Hussein Al-Sharif berkata, kementeriannya sedia untuk memulakan persiapan bagi musim umrah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button