Dunia

Gempa bumi sederhana landa utara Sumatera pagi ini

Bermagnitud 5.0 pada skala Richter pada jam 2.28 pagi tadi

KUALA LUMPUR, 26 Muharram 1442H, Isnin – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter melanda utara Sumatera, Indonesia pada 2.28 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 75 kilometer (km) timur dari Meulaboh, Indonesia pada kedalaman 120km.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button