Berita Utama

Lelaki tunggang motosikal guna kaki direman, positif dadah

Suspek serah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar

KUALA LUMPUR, 26 Muharram 1442H, Isnin – Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal handel jentera itu, di Jalan Kuching di sini, baru-baru ini, direman hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek juga disahkan positif dadah jenis ganja.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas kepada Bernama.

Semalam, Bernama melaporkan polis sedang menjejaki seorang lelaki yang aksinya menunggang motosikal secara berbahaya selain bungkusan air di tangannya itu, menjadi tular di media sosial menerusi satu video berdurasi 41 saat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button