Berita UtamaDunia

Negara haram Israel laksana perintah berkurung 3 minggu

Tel Aviv catat 158,506 kes jangkitan termasuk 1,127 kematian

TEL AVIV, 26 Muharram 1442H, Isnin – Negara penjajah Israel melaksanakan perintah berkurung selama tiga minggu di seluruh negara itu dalam usaha membendung wabak COVID-19 yang semakin merebak.

Keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes apabila hampir 4,000 jangkitan baharu dilaporkan setiap hari.

Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa Jumaat ini, beberapa jam sebelum bermulanya Tahun Baharu Yahudi dan musim perayaan negara itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Kabinet bersetuju dengan pelan perintah berkurung selama tiga minggu dengan pilihan lain mungkin akan dilanjutkan.

“Tindakan ini untuk menghentikan penularan pandemik, berikutan Israel mencatatkan purata 4,000 kes baharu harian sejak kebelakangan ini,” katanya.

Pihak berkuasa akan menetap prosedur operasi standard (SOP) – di mana perhimpunan awam terhad hanya kepada 10 orang bagi perjumpaan tertutup dan 20 orang jika berhimpun di luar rumah.

Restoran juga tidak dibenarkan beroperasi dan pergerakan dihadkan kepada 500 meter dari rumah seseorang.

Israel setakat ini merekodkan 158,506 kes termasuk 1,127 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button