Berita Utama

PRN Sabah: PAS harap rakan dalam PN tak lupa sumbangan

Sedia gerak jentera pilihan raya bantu rakan parti bertanding

BANGI, 26 Muharram 1442H, Isnin – PAS mengharapkan rakan dalam Perikatan Nasional (PN) tidak melupakan sumbangan parti itu yang menggerakkan jentera pilihan raya untuk membantu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Meskipun akur dengan keputusan pucuk kepimpinan yang tidak meletak calon pada PRN Sabah, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya bersedia membantu rakan parti yang bertanding.

“Kita akan bantu (calon PN), saya yang menguruskan jentera pilihan raya dan kita sudah mengarahkan jentera bertugas seperti biasa seolah-olah PAS bertanding.

“Sudah ada jentera dihantar sebelum penamaan calon dan kita akan hantar kumpulan kedua jentera dalam tempoh masa terdekat ini,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, rakan parti berkenaan diharap tidak melupakan sumbangan PAS pada masa depan.

“Semangat setia kawan PAS sangat tinggi, jentera kita rajin berkerja dan kita tidak pernah berkira. Kita sedaya upaya akan membantu memenangkan calon PN pada PRN Sabah,” katanya.

PAS memberi laluan kepada rakan-rakan dalam PN untuk bertanding pada PRN Sabah bagi mengelak pertembungan demi kemenangan besar gabungan berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah selepas usaha rundingan dimuktamadkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button