Berita Utama

Wakil rakyat Melayu lemah untuk laksana dasar Melayu Islam?

Sedangkan ada yang hanya 2 kerusi dapat tuntut macam-macam

BANGI, 26 Muharram 1442H, Isnin – Mentaliti kononnya dasar Melayu Islam tidak dapat dilaksanakan seperti yang dijanji – atas alasan jumlah kerusi Islam di Parlimen tidak mencukupi perlu diubah.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menerusi status di Facebook berkata, setiap kali pihaknya mengkritik parti-parti Melayu yang sedang memerintah kerana banyak berkompromi dan tidak menunaikan janji, maka akan menerima ‘serangan’ jumlah kerusi tidak cukup.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu secara sinis mempersoalkan sama ada wakil rakyat Melayu muslim terlalu lemah untuk membuat apa-apa meskipun mempunyai kerusi majoriti di Dewan Rakyat.

“Apakah wakil-wakil rakyat Melayu muslim kita terlalu lemah sampaikan walau ada kerusi majoriti pun tidak mampu berbuat apa-apa sedangkan puak yang hanya ada dua kerusi dapat tuntut macam-macam?

“Sudahlah dua kerusi boleh tuntut macam-macam, dua kerusi itu pun hasil ihsan ‘sedekah’ talian hayat iaitu pengundi majoriti Melayu.

“Itu pun parti-parti Melayu Islam kita masih mahu beri laluan di lebih banyak kerusi majoriti Melayu. Tetapi pada masa yang sama konon merintih ‘suara Islam tak cukup kerusi’,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button