Berita Utama

Aktivis ISMA Kuantan meninggal dunia

BANGI, 27 Muharram 1442H, Selasa – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merakamkam ucapan takziah kepada keluarga Tuan Haji Amirudin Ahmad yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Tuan Amiruddin sebelum ini adalah Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Bina Ummah ISMA Kuantan – juga pengasas Akademi Ikatan Al Makmur Berhad dan AJK Pembangunan Maahad Akademi Tahfiz Indera Mahkota (MAATIM).

“Sama-sama kita berdoa semoga roh beliau dirahmati dan diberkati Allah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

“Kepada kaum keluarga Allahyarham, ISMA mengucapkan takziah dan dapat bersabar dengan takdir Allah ini,” kata ISMA dalam satu kenyataan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan diurus dan disolatkan di Masjid Sungai Isap Jam 10.30 pagi ini. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Rangin pada 11 pagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button