India catat 83,000 kes dalam sehari
Jumlah kematian kini 80,776, Maharashtra negeri paling teruk terjejas
NEW DELHI, 27 Muharram 1442H, Selasa – Jangkitan wabak COVID-19 di India makin kritikal apabila hari ini negara itu mencatatkan peningkatan sebanyak 83,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Kenaikan kes sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di negara itu melebihi 49 juta.
Setakat ini, jumlah keseluruhan kes di negara itu berjumlah 49,30,237, manakala 9,90,061 daripadanya adalah kes aktif.
India kini merekodkan bilangan pesakit yang pulih tertinggi di dunia setelah mengatasi Brazil semalam.
Berdasarkan data terbaharu di portal kementerian kesihatan, 38,59,400 orang di India telah pulih daripada wabak berkenaan.
Sementara itu, angka kematian di negara itu turut meningkat kepada 80,776 termasuk 1,054 kematian baharu dalam tempoh 24 jam.
Maharashtra terus menjadi negeri paling teruk terjejas di India berikutan kes harian menyaksikan peningkatan mendadak.
Ibu negara India, New Delhi turut mencatatkan lonjakan kes secara mendadak selama beberapa minggu terakhir. – Agensi