Berita Utama

Lunak kepada musuh tapi berkeras dengan saudara seagama

Perlu sentiasa berwaspada dengan golongan munafiqin

BANGI, 27 Muharram 1442H, Selasa – Arab Saudi dilihat seolah-olah seperti ‘musuh dalam selimut’ apabila membuka ruang udara untuk membenarkan semua penerbangan dari dan ke negara haram Israel.

Terdahulu, Penasihat Rumah Putih, Jared Kushner memaklumkan bahawa setiap penerbangan Israel harus meminta izin daripada pihak berkuasa Arab Saudi terlebih dahulu.

“Mereka bersetuju untuk membuka ruang udara mereka bukan hanya untuk penerbangan dari Israel ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kembali, tetapi untuk semua perjalanan ke timur.

“Jadi ketika terdapat permintaan, mereka akan menerima permintaan tersebut. Itu akan menjimatkan banyak masa. Itu meruntuhkan penghalang yang sudah ada selama 72 tahun,” kata Kushner.

Memetik ayat 107 Surah At-Taubah, Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim mengingatkan umat Islam sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan golongan munafiqin.

Katanya, sikap lunak kepada musuh tetapi keras dan bermusuh dengan saudara seagama adalah petanda sifak munafiqin.

“Ini berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia. Di zaman Nabi, golongan munafiqin malah membina masjid Dhirar dan menjemput Nabi SAW ‘merasmikannya’.

“Namun Nabi dingatkan oleh Allah jangan ke sana kerana mereka hanya ingin mendapatkan ‘endorsement’ Nabi SAW dan masjid bukannya dibina atas iman dan taqwa.

“Malah, pembinaan masjid Dhirar ini didedahkan oleh al-Quran sebagai tempat intipan musuh dan bertujuan memecahbelahkan kesatuan orang beriman,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kesal apabila Arab Saudi masih tidak mahu membuka ruang udara negara itu kepada Qatar

“Sehingga saat ini, Arab Saudi masih berkeras tidak membuka ruang udaranya kepada Qatar tetapi tidak kepada Israel,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button