Berita Utama

Gempa bumi lemah berlaku di Beluran, Sabah

Bermagnitud 3.2 pada skala Richter sekitar 6.55 petang tadi

KUALA LUMPUR, 28 Muharram 1442H, Rabu – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Beluran, Sabah pada 6.55 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 42 km Tenggara dari Pitas.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Beluran.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button