Berita UtamaIstimewa

Cadangan MRSM berbayar ‘ok’, tapi perlu diperhalusi bimbang matlamat asal tersasar

Kemasukan pelajar T20 perlu kepada merit dan tapisan tertentu

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 29 Syaaban 1444H, Rabu – Cadangan supaya diwujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar khusus utuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi wajar dipertimbangkan, namun perlu diperhalusi supaya matlamat asal penubuhan tidak tersasar.

Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) mengingatkan, penubuhan MRSM adalah untuk memberikan pendidikan terbaik kepada golongan Bumiputera yang berpendapatan rendah.

Maka, keutamaan sekarang ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak B40 termasuk mempertingkatkan kualiti pndidikan mereka.

Tetapi, jika mahu juga laksana MRSM berbayar, kemasukannya perlu melalui proses penilaian tertentu dengan mengambil kira pencapaian akademik dan penglibatan aktif dalam kokurikulum, kata Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan.

“Kemasukan pelajar T20 tersebut perlu kepada merit tertentu dan Mara boleh membuat penawaran kepada ibu bapa yang berminat.

“Jika tidak mncukupi sasaran ia boleh dibuka kepada golongan M40 dalam bentuk subsidi. Apa pun murid B40 tetap diutamakan ke MRSM seperti sedia ada,” katanya kepada Ismaweb.net.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus utuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Menurut beliau, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperolehinya daripada ramai pihak.

MRSM berbayar itu boleh diuruskan oleh Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp.), katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button