Berita Utama

Lesen memandu UNHCR tak sah di negara ini

Malaysia tidak iktiraf sebarang lesan dikeluarkan oleh UNHCR

KUALA LUMPUR, 28 Muharram 1442H, Rabu – Malaysia tidak mengiktiraf lesen memandu dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selaras undang-undang ditetapkan.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, lesen dibawah UNHCR tidak sah digunakan di negara ini.

“Lesen memandu UNHCR untuk digunakan pemandu di negara ini tidak sah.

“Saya tidak tahu sama ada gambar yang menunjukkan lesen UNHCR yang tular di media sosial, itu palsu atau tidak.

“Yang pasti kita tidak iktiraf sebarang lesen dikeluarkan UNHCR,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Sebelum ini, sekeping gambar memaparkan lesen memandu pelarian lelaki warga Myanmar dikeluarkan UNHCR tular di Facebook.

Seorang pengguna media sosial mempersoalkan pihak mana yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen itu, selain menzahirkan kebimbangan terhadap isu berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close