Berita Utama

COVID-19: Malaysia catat 21 kes baharu

Babit 16 kes penularan dalam negara termasuk 5 kes import

KUALA LUMPUR, 29 Muharram 1442H, Khamis – Dua puluh satu kes positif COVID-19 dicatatkan hari ini, membabitkan 16 kes penularan dalam negara dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 16 kes penularan dalam negara itu melibatkan 15 warga tempatan dan seorang bukan warganegara.

Mengulas mengenai itu, beliau berkata lima kes dilaporkan di Sabah, Kedah (tujuh), Pulau Pinang (dua), dan masing-masing satu kes di Selangor dan Sarawak.

“Di Sabah, dua kes daripada saringan Kluster Benteng LD melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara, dan masing-masing satu warganegara untuk Kluster Selamat iaitu kluster baharu di Semporna, satu kes saringan kemasukan ke Hospital Tawau dan satu kes saringan ‘sign-off’ kapal di Pelabuhan Sipitang.

Sementara di Kedah, enam kes daripada Kluster Sungai yang (semuanya) melibatkan warganegara dan satu kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran Daerah Kota Setar, juga warganegara,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button