Berita Utama

KDN nafi keluar perakuan pelantikan syarikat urus pekerja asing

Guna nama Ketua Setiausaha KDN dalam perakuan palsu

PUTRAJAYA, 29 Muharram 1442H, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan, ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz @ Yazid.

“Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu,” kata KDN.

Menurut kenyataan itu, KDN juga telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan, selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program membabitkan warga asing. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close