Artikel Khas

Keputusan PRN Melaka mesej jelas rakyat mahu calon berwibawa

BN menang besar hanya setelah letakkan 86 peratus calon muka baru

KEPUTUSAN PRN Melaka menghantar mesej yang jelas kepada parti-parti politik bahawa:

1) Rakyat mahukan calon yang berwibawa, berintegriti dan berprinsip. Semua katak-katak politik dihukum walaupun mempunyai kredibiliti sebagai bekas timbalan menteri dan ketua menteri Melaka.

2) Rakyat mahukan wakil rakyat Melayu Islam di kawasan majoriti Melayu. Kekalahan DAP di Bemban, Duyong dan Gadek membuktikan hakikat ini.

3) Rakyat mahukan calon-calon baru yang lebih segar dan muda. BN menang besar hanya setelah meletakkan 86% calon muka baru (hanya kekalkan 3 calon lama).

4) Rakyat mahukan tempat berpaut untuk kestabilan. Apabila PH telah terbukti tidak boleh diharap dan PN masih baharu tanpa kekuatan akar umbi, rakyat ‘terpaksa’ berpaut kembali kepada BN.

5) Rakyat mahukan wakil rakyat yang bekerja untuk mereka, bukan sebaliknya. Kerana itulah peratusan keluar mengundi amat rendah.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim 
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button